Thursday, December 12, 2013

Barang Mistik Dan Antik: Barangan mistik dan antik

Barang Mistik Dan Antik: Barangan mistik dan antik: BISMILLAHHIRAHMANIRAHIM SALAM KEPADA SEMUA PENGUJUNG BLOG BARANGAN MISTIK DAN ANTIK. SELAMAT DAN SALAM KEPADA SEMUA PEMINAT DAN PENGUMP...

Tuesday, December 10, 2013

Rawatan Alternatif Islam Nur Aswad






KAMI MENYEDIAKAN RAWATAN ALTERNATIF ISLAM KEPADA SEMUA MASYARAKAT TAK KIRA AGAMA ATAU BANGSA.RAWATAN YANG KAMI LAKUKAN TIDAK MENYALAHI HUKUM SYARAK.


(Encik Rizal Hassan)

“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang mukminin”



KHATAMUN NUBUWWAH
Khatamun Nubuwwah

  بسم لله الرحمن الرحيم


مَا يَفْتَحِ اللَّهُ لِلنَّاسِ مِن رَّحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَا وَمَا يُمْسِكْ فَلَا مُرْسِلَ لَهُ مِن بَعْدِهِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang
 dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat .
melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana


Dalam sebuah hadis riwayat Imam At-Tirmizi, Abu Daud dan Bukhari, Nabi saw bersabda, 
عباد الله تداووا فإن الله لم يضع داء إلا وضع له شفاء غير داء واحد، قالوا
وما هو يا رسول الله ، قال الهرم


Maksudnya: “Wahai hamba Allah, berubatlah. Sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit melainkan Allah meletak bersamanya penawar melainkan satu penyakit .Para sahabat bertanya “Apa dia ya Rasulullah?” Baginda menjawab “Tua”.
Daripada hadis ini dapat kita ketahui bahawa Islam memerintahkan umatnya supaya berubat daripada penyakit yang dihidapi.

Hukum berubat ada dua iaitu wajib dan harus. Pada orang awam ia menjadi wajib sekiranya seseorang itu tidak dapat menanggung kesakitan dan penyakitnya sudah sampai ketahap kritikal.

Namun ia menjadi harus sekiranya seseorang itu masih boleh menahan kesakitan serta dapat bersabar jika penyakitnya itu belum teruk. 

Berubat dengan madu 
Dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Mas’ud r.a memberitakan Rasulullah saw telah bersabda, 

عليكم بالشفاءين : العسل والقرأن 

Maksudnya : Lazimilah kamu menggunaan dua penyembuh iaitu madu dan Al-Quran. (HR Ibnu Majah) 

Berdasarkan hadis ini Nabi saw menyarankan kepada pesakit supaya berubat dengan dua perkara iaitu madu lebah dan Al-Quran. Jika manusia itu berubat dengan dua perkara ini bermakna mereka telah mengumpulkan dua kekuatan iaitu kekuatan di langit iaitu Al-Quran dan kekuatan di bumi iaitu madu lebah. 

Sebagai seorang yang beriman tidak boleh sama sekali bersifat ragu-ragu dengan penyembuhan Al-Quran. Jika ragu-ragu Al-Quran boleh menyembuhkan penyakit, sama seperti meragu-ragukan kebenaran ayat-ayat Al-Quran. 

Namun perlu diingat Al-Quran ialah penyembuh dan rahmat kepada mereka yang mengimaninya dan melaksanakan segala ajarannya.

40 Tanda-tanda orang terkena Sihir.
  1. Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
  2. Badan terasa berat dan malas.
  3. Sukar mendapat jodoh.
  4. Badan terasa bisa-bisa.
  5. Sakit ketika ziarah orang meninggal.
  6. Sukar tidur malam.
  7. Sakit pinggang tanpa sebab.
  8. Sakit dada bila waktu asar keatas.
  9. Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
  10. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
  11. Bermimpi di tempat tinggi.
  12. Bermimpi di tempat yang kotor.
  13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
  14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
  15. Bayi kerap menangis.
  16. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
  17. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
  18. Malas beribadat.
  19. Nyanyuk ketika usia lanjut.
  20. Panas baran.
  21. Sikap berubah secara mendadak.
  22. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
  23. Suka melakukan tabiat buruk.
  24. Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
  25. Kerap keguguran.
  26. Gagal melakukan hubungan kelamin.
  27. Mengantuk bila dengar al-quran.
  28. Bermimpi seram yang menakutkan.
  29. Darah haid turun lebih 15 hari.
  30. Batuk yang berpanjangan.
  31. Selalu ditindih ketika tidur.
  32. Kuat berangan.
  33. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
  34. Nafsu seksual yang melampau.
  35. Selalu melihat kelibat dirumah.
  36. Terasa diri selalu diperhatikan.
  37. Mandul.
  38. Kerap mendengar sesuatu bisikan.
  39. Melihat jin secara terus.
  40. Sakit mental atau gila.

Di dalam Surah Al-A’raf ayat 27, Allah telah berfirman “Sesungguhnya syaitan itu dapat melihat kamu dari tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka”. Sebenarnya mata manusia itu telah dihijab oleh Allah untuk tidak dapat melihat syaitan. Antara sebab mengapa manusia tidak dapat melihat syaitan ialah kerana rupa mereka yang kurang “handsome”. Kita pasti akan merasa seram sejuk kiranya dapat melihat keayuan wajah mereka. Walaubagaimanapun, dengan izin Allah, ada manusia yang diganggu jin dapat melihat jin dalam bentuk jelmaan mereka (iaitu pocong, hantu raya, pontianak dan kaum kerabat mereka yang lain).  Apabila manusia diganggu atau disakat barulah jin menunjukkan wajah-wajah “kacak” jelmaan mereka. Sebenarnya perawat yang dapat melihat jin juga telah diganggu. Cuma gangguan ke atas mereka bukanlah disakat sepertimana pesakit disakat, tetapi gangguan ke atas perawat ini adalah dalam bentuk pendampingan jin ke atas mereka.


Kaedah Rawatan Alternatif KAMI seperti rawatan perubatan Islam, rawatan penyakit kronik, rawatan penyakit misteri, gangguan makhluk halus, rawatan tradisional dan juga rawatan secara jarak jauh yang InsyaAllah telah terbukti  keberkesanannya sehingga kini.Kami hanya memohon kepada Allah Yang Maha Besar kerana Allah yang menyembuhkan segala penyakit bukan kami.Kami sekadar hamba yang dijadikan sebagai pengantaraan.Sesungguh Ya yang perlu kita memohon pertolongan adalah Allah Taala.

Kami sedia membantu anda yang mengalami gangguan makluk halus,penyakit mistik dan juga berbagai-bagai lagi dengan izin Allah yang maha besar.Segala rawatan yang kami lakukan tidak mengenakan bayaran yang tetap, Kami hanya menerima sumbangan ikhlas daripada semua pesakit kami mengikut kemampuan mereka sahaja.

Jika anda mempunyai masallah penyakit anda boleh hubungi kami dengan cara email atau sms terus kepada kami.



Hubungi:
email:pusatnuraswad@gmail.com
sms: 017-6173122 (rizal)
Facebook: https://www.facebook.com/nur.aswad.92